Jom Click

pautan

make dollar....

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

11.12.2010

Kuat agama ialah satu aib dan memalukan pada zaman ini

Kuat beragama ialah satu aib dan memalukan pada zaman ini

Kenapa dan mengapakah jadi sedemikian ?

Banyak faktornya yang mendorong perkara sedemikian terjadi.

Pertamanya sudah pastilah apa yang berlaku ini merupakan jasa ibubapa yang dikasihi di dalam merosakkan dan menyesatkan anak-anak mereka menjadi hamba-hamba Allah SWT yang derhaka. Mereka bijak menggunakan agama untuk hawa nafsu mereka dengan memaksa anak-anak supaya mentaati ibubapa. Jangan menjadi anak derhaka dan hendaklah taat kepada ibubapa kerana itu suruhan agama dan sebeban lagi hujah-hujah yang padu dan jitu untuk memaksa para anak mentaati ibubapa.

Kan senang kalau mentaati ibubapa menjadi anak yang baik ?

Malangnya ketaatan kepada ibubapa itu sebenarnya ialah amanah Allah SWT kepada para ibubapa agar dapat menjadi alat untuk membolehkan mereka (ibubapa) mudah membawa anak-anak mereka menuju Allah SWT, sebagai bantuan untuk membolehkan mereka membimbing dan membesarkan anak-anak mereka dengan Islam.

Namun bukan itu yang berlaku sebaliknya ibubapa menggunakan senjata "Ketaatan kepada ibubapa" untuk memenuhi nafsu serakah dan jahat mereka. Anak-anak menjadi mangsa kejahilan agama, mangsa nafsu keduniaan dan nafsu kebanggaan mereka sehingga anak-anak dibesarkan jauh daripada Islam, dengan tujuan menjadi aset kebanggaan duniawi dan lebih dahsyat kehidupan anak-anak itu dirosakkan dengan arahan dan ajaran yang salah serta menyeleweng.


Mereka (ibubapa) menyuruh anak-anak mentaati mereka sedangkan mereka tidak pula taat kepada Allah SWT.

Ibubapa menakut-nakutkan anak-anak dengan slogan "Anak Derhaka" dan mengancam mereka dengan neraka dan dosa sedangkan para ibubapa telah terlebih dahulu sepatutnya takut dan gerun dengan janji-janji Allah SWT kepada orang yang khianat kepada amanah dan derhaka kepadanya.

Mereka ini (golongan ibubapa yang tidak beragama tetapi menggunakan agama sebagai alat) adalah sejahat-jahat manusia dan tiada ketaatan kepada mereka.

Tiada ketaatan kepada makhluk di dalam bermaksiat kepada Allah SWT dan mentaati ibubapa yang derhaka kepada tuhan ialah dilarang jika ketaatan itu membuatkan diri mereka semakin berbangga dan suka di dalam kesesatan.

Keduanya sudah pasti pihak kerajaan dan pemerintah yang berkuasa.


Pemerintah berperanan besar menerapkan agen perosak berupa hiburan di dalam masyarakat kerana untuk menyeimbangi sokongan dan suara mojariti agar rakyat tetap suka serta bernaung di dalam kerajaan yang memerintah. Tiada usaha dakwah dan pembaikan dilakukan secara bersemangat kerana apa yang menjadi pemerhatian pemerintah adalah cuma satu, iaitu jalan untuk mereka kekal memerintah....itulah fokus utama semua pemerintah....mahu lebih kuasa dan mahu mengekal kuasa.


Ketiga ialah Para pendakwah, ulama dan ahli ilmuan agama


Mereka ini suka menjadi rahib, paderi dan ahli ibadah yang tidak perlu bersusah payah melakukan kerja-kerja kasar mencari rezeki dan menggerakkan tulang empat kerat. Bernaung di bawah bangunan tinggi dan mewah sebagai penasihat yang warak, atau bekerja mengikut jadual sebagai tukang syarah dan ceramah menyebabkan anak-anak muda dan masyarakat bawahan sangat jauh berhubungan dengan ahli agama.

Tiada dijemput tiadalah kelibat, datang dengan undangan dan sampul berisi bukan sekadar surat...mereka ialah orang-orang yang suka dan gembira didengari suaranya, disanjungi dan dihormati...demi pengaruh mereka bercakaran sesama sendiri dan demi keyakinan bahawa hanya mereka yang lebih suci dari yang lain maka mereka akan melakukan apa sahaja termasuk mencerca dan mencela aib peribadi.



Itulah ahli agama rata-ratanya di zaman ini...berjalan tidak berkaki, perut semakin lebar setiap hari tanpa puasa Isnin khamis yang menjadi amalan sunnah nabi SAW.

Nafsu dan emosi menguasai diri, kerana kematangan dan akhlak yang terpuji terpendam disebalik tekanan duniawi yang memaksa para pendakwah menjadi hamba-hamba sahaya kepada pemerintah zalim dan jahil dengan itu secara tanpa disedari mereka pun mula memilih topeng-topeng dan skrip-skrip yang mudah daripada Al-Quran dan As-sunnah untuk diamalkan di atas pentas kehidupan.

Hakikatnya sudah menjadi sunnatullah, bahawa hanya pelakon yang handal memainkan watak mengikut skrip sahaja yang biasanya akan menjadi watak utama dan skrip pula jika yang sukar dan susah sahaja barulah akan mendapat anugerah.



Rata-rata yang lain cuma watak sampingan yang akan dilupakan oleh sejarah.

http://ustaz.blogspot.com/search/label/Tazkirah

5.28.2010

UNTITLE


"kenapalah student ni payah sangat bangun SUBUH?" rungut seorang teman kepada saya."entah la ana pun x tahu akhi,dah mmg jadi lumrah manusia tido yang paling syok pada watu subuh kot".jawab saya sambil muka yang dua puloh sen.masakan tidak perkara ini pun kerap terjadi pada diri saya sendiri.arg..mmg susah nak bangun subuh~!!..mungkin syaitan yang banyak sudah tutup telinga dari mendengar azan subuh.tapi insyaALLAH semua perkara2 buruk 2 akan saya baiki secara perlahan :)..hari ini mmg dalam sejaran satu malam bersama rakan2 seperjuangan memancing di sekitar pulau pinang dan melihat pelbagai tingkah laku manusia pada waktu pagi hari."mmg patot la Pulau pinang ni digelar tokyo Malaysia: rungut seorang rakan.kenapa? saya bertanya kembali kepada sahabat.percaya atau tidak pada jam 3 pagi masih ramai anak2 muda yang berkeliaran di sekitar queens bay,gurney,padang kota dan sekitarnya.pelbagai aksi dan FREE SHOW buleh lihat secara percuma.pengalaman yang cukup manis dan berharga sebagai pengajaran dan pengetahuan untuk melihat dan belajar tentang cara hidup orang pulau pinang ni.masih berbaki 5 tahun untuk belajar di pulau mutiara ni.masih banyak perkara yang perlu tengok dan belajar.kadang2 kalau tengok orang melayu dah bukan cam orang melayu.dengan rambutnya,mekapnya,pakaiannya langsung tidak melambangkan seperti seorang melayu yang berstatus MUSLIM atau MUSLIMAT.sedeh rasanya.kadang2 ternampak orang melayu yang memegang botol yang mengandungi air kencing syaitan.SUBHANALLAH begitu memalukan.dimana agama mereka.di mana iman mereka.IMAN TIDAK DAPAT DIWARISIKAN.kata2 yang paling sesuai untuk digambarkan kepada permasalahan sosial sekarang.ISLAM DARI WARISAN bukannya dari hati dan iman yang mencari.mungkin cerita kali ini agak pening kan~? sekejap bab bangun pagi dan sekarang masuk bab masalah sosial pulak.ish2.tapi itu lah yang hendak digambarkan hati saya ni.:)..walau apa pun hadith RASULLULAH yang bermaksud "barangsiapa yang melihat kepada kemungkaran hendaklah dicegahnya dengan tangan(kuasa) jikalau tidak mampu dengan kata2 dan jikalau tidak mampu cegah lah dengan hati sesungguhnya ianya selemah lemah iman" riwayat bukhari dan muslim.Wahai sahabat2 sekalian.ayuh bangkit menegakkan yang hak.biarkan hak itu tetap hak dan yang batil itu tetap batil.gunakan lah pendekatan yang penuh berhikmah pendekatan yang boleh diterima akal..membendung lebih baik dari mencegah.....

6.09.2009

Mampukah Aku Menjadi Seperti Mereka?

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah,
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabillah,
Penawar hati kekasih Allah,
Susah dan senang rela bersama.

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah,
Isteri Rasulullah yang bijak,
Pendorong di kala kesusahan dan penderitaan,
Tiada sukar untuk dilaksanakan.

Mengalir air mataku,
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah,
Akur dalam setiap perintah,
Taat pada abuyanya yang sentiasa berjuang,
Tiada memiliki harta dunia,
Layaklah ia sebagai wanita penghulu syurga.

Ketika aku marah,
Inginku intip serpihan sabar,
Daripada catatan hidup Siti Sarah.
Tabahkah jiwaku,
Setabah umi Nabi Ismail,
Mengendong bayinya yang masih merah,
Mencari air penghilang dahaga,
Di terik padang pasir merak,
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah,
Pengharapannya hanya pada Allah,
Itulah wanita Siti Hajar.

Dapatkah aku mengikut jejak Siti Rahmah,
Permaisuri Nabi Ayyub,
Pasrah dengan dugaan Tuhannya,
Walau pernah tersungkur ke dalam jerat syaitan,
Namun ia kembali,
Kerana iman yang kuat,
Telah dijanjikan syurga adalah balasannya,
Bahagia adalah miliknya.

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.



6.02.2009

Wanita hiasan dunia



Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja. Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak. Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.

Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.


Anda ingin lebih cantik dan menarik??

# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

# Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

# Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

# Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.

*petikan dari e-mel yg dikirimkan oleh seorg sahabat